Sumber Tenusu yang Berharga — Susu New Zealand Grass-Fed
Promex memastikan kualiti bahan mentah adalah sentiasa konsisten dan hanya menggunakan sumber tenusu daripada ladang-ladang New Zealand yang mempunyai sijil pengesahan amalan Grass-Fed. Sasaran Promex adalah memberikan ketenangan dan kepastian kepada pengguna bahawa produk yang dihasilkan adalah produk berkualiti dan selamat dimakan.
New Zealand dikenali ramai sebagai tempat yang bersih, cantik dan mempunyai padang rumput hijau yang begitu sesuai untuk penternakan lembu tenusu secara sistem ragut dan lepas bebas. Menurut laporan global, dianggarkan bahawa hanya 10% daripada pengeluaran susu adalah berasal daripada sistem ragut dan lepas bebas[1][2]; manakala di New Zealand, lembu-lembu diternak secara sistem ragut dan lepas bebas di padang rumput dan meragut rumput semulajadi [3] sebagai sumber makanan utama untuk tempoh lebih daripada 350 hari[4] setahun. Sistem ternakan ini membolehkan lembu-lembu hidup dalam keadaan yang semulajadi [5] dan sihat.
Penternakan Tenusu secara Semulajadi
Di Promex, kami percaya bahawa lembu yang sihat menghasilkan susu yang berkhasiat.
96% daripada sumber makanan utama lembu-lembu kami terdiri daripada rumput[9] yang merupakan makanan semulajadi. Dengan adanya cuaca yang cerah dan suhu yang nyaman di New Zealand, lembu-lembu kami menghabiskan masa 97% secara purata di kawasan padang rumput — ini membolehkan lembu-lembu terdedah kepada sinaran cahaya matahari yang mencukupi dan menyihatkan.
Manfaat Susu Grass-Fed
Pelbagai manfaat boleh diperolehi daripada minum susu Grass-Fed, antaranya adalah kandungan nutrien penting seperti kalsium, protein berkualiti tinggi, Vitamin A, riboflavin (Vitamin B2), dan Vitamin B12[6][7][8]. Susu merupakan makanan ruji dalam dapur di semua rumah, namun pilihan jenis susu adalah penting.
Kajian menunjukkan bahawa susu yang dihasilkan oleh lembu-lembu Grass-Fed mengandungi nutrien utama yang lebih tinggi daripada susu yang dihasilkan oleh lembu-lembu yang diberikan makanan bijirin. Susu Grass-Fed mengandungi Omega-3 yang lebih tinggi, serta konsentrasi Asid Linoleic Berkonjugasi (CLA) dua hingga tiga kali ganda lebih tinggi daripada susu yang dihasilkan oleh lembu-lembu yang diberikan makanan bijirin[10].
Manfaat Grass-Fed kepada Semua Rakyat Malaysia
Mulakan hari anda dengan segar dan semangat dengan khasiat dan manfaat Grass-Fed yang diperolehi daripada segelas Susu UHT Promex!
Susu UHT Promex mempunyai tekstur yang licin dan penuh krim serta rasa yang luar biasa, ianya pilihan sarapan pagi yang cepat dan berkhasiat untuk anda sekeluarga. Anda boleh minum susu begitu sahaja, atau campurkan dengan bijirin cereal untuk hidangan sarapan yang lebih sihat.
Kini susu UHT Promex boleh didapati dalam tiga perisa yang berlainan – Susu Penuh Krim untuk rasa yang lebih kaya berkrim, Susu Rendah Lemak untuk tekstur yang lebih ringan dan kurang kalori, Susu Berperisa Coklat untuk rasa koko yang enak— semuanya pada harga mampu milik iaitu RM7.35 setiap 1 liter.
Semua produk Promex adalah dijamin HALAL oleh JAKIM dan boleh disimpan pada suhu bilik sebelum dibuka pembungkusannya. Cubalah Susu UHT Grass-Fed Promex dan nikmati rasanya yang luar biasa!
Produk ini kini boleh didapati di
- AEON
- AEON Maxvalu
- AEON Big
- Ben’s Independent Grocer
- Hero Market
- Urban Retail
- Super Seven
- CS Grocer
- CS Brothers
- Kenwingston Grocer
- Pasaraya OTK
- The Food Merchant
- Village Grocer
- Lazada
- Shopee
Nama Produk :
Susu Promex New Zealand Grass-Fed UHT Penuh Krim 1L
Ramuan :
Pepejal Susu, Trikalsium Fosfat, Penstabil (INS 407, 460, 466), Pengemulsi (INS 471) dan Vitamin D3
Cara Simpanan :
Simpan pada suhu bilik, Selepas dibuka, simpan sejuk dan guna dalam tempoh 3 hari.
Notis :
Tidak Sesuai Bagi Bayi Berumur Di Bawah Enam Bulan. Tidak Boleh Digunakan Sebagai Pengganti Susu Ibu.
Dimensi Produk :
L59mm x W90mm x H196mm
Berat :
1 Liter
Nama Produk :
Susu Promex New Zealand Grass-Fed UHT Rendah Lemak 1L
Ramuan :
Pepejal Susu, Trikalsium Fosfat,Penstabil (INS 407, 460, 466), Pengemulsi (INS 471) dan Vitamin D3.
Cara Simpanan :
Simpan pada suhu bilik, Selepas dibuka, simpan sejuk dan guna dalam tempoh 3 hari.
Notis :
Tidak Sesuai Bagi Bayi Berumur Di Bawah Enam Bulan. Tidak Boleh Digunakan Sebagai Pengganti Susu Ibu.
Dimensi Produk :
L59mm x W90mm x H196mm
Berat :
1 Liter
Nama Produk :
Susu Promex New Zealand Grass-Fed UHT Berperisa Coklat 1L
Ramuan :
Pepejal Susu, Sukrosa, Serbuk Koko (1.5%), Trikalsium Fosfat, Penstabil (INS 407, 460, 466), Pengemulsi (INS 471) dan Vitamin D3.
Cara Simpanan :
Simpan pada suhu bilik, Selepas dibuka, simpan sejuk dan guna dalam tempoh 3 hari.
Dimensi Produk :
L59mm x W90mm x H196mm
Berat :
1 Liter
Mengenai Promex:
Promex adalah tanda dagangan jenama berdaftar yang dimiliki oleh Syarikat Promac Enterprises Sdn. Bhd. Syarikat Promac Enterprises adalah pengedar tunggal ramuan rasmi Fonterra untuk Malaysia, Brunei dan Singapura. Produk tenusu Promex diformulasi khusus dari susu New Zealand dan kini terdapat di 61 buah negara. Kami berdedikasi dalam menghasilkan bahan makanan yang selamat, berkhasiat dan berkualiti untuk membolehkan komuniti menikmati detik-detik manis bersama keluarga kesayangan.
Maklumat lanjut:
https://www.facebook.com/promex.malaysia/
https://www.instagram.com/promexmalaysia/
Pertanyaan Email:
enquiry@promac.com.my
Rujukan:
[1] Alice Moscovici Joubran, Karina M. Pierce, Niamh Garvey, Laurence Shalloo, Tom F. O’Callaghan, Invited review: A 2020 perspective on pasture-based dairy systems and products,Journal of Dairy Science, Volume 104, Issue 7, 2021, Pages 7364-7382, ISSN 0022-0302,
https://doi.org/10.3168/jds.2020-19776. (https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0022030221005166)
[2] Shalloo, L., Moran, B., & O’Brien, D. (2018). Define and verify pasture base—How does Irish “pasture fed” compare to the world. Proceedings of the Grass-Fed Dairy Conference 2018, Naas, Co. Kildare, Ireland.
[3] Wedzerai, M. (2020, November 16) Considering the opportunities for dairy cows. DairyGlobal. Retrieved November 22, 2022 from www.dairyglobal.net/health-and-nutrition/nutrition/grazing-considering-the-opportunities-for-dairy-cows.htm
[4] Our New Zealand cows spend on average 97% of their non-milking time outside on pasture. Average is measured over previous three seasons data and subject to minor variation. Calculation excludes milking times, because this only accounts for being off-pasture for on average up to 3 hours per day.
[5] White Paper. (2020, May). Pasture-fed livestock production and products: Science behind the narrative. AgResearch. Retrieved November 22,2022 from www.agresearch.co.nz/assets/document-library/White-Paper-Pasture-fed-livestock-production-and-products.pdf
[6] CDI. 2018, Centre for Dairy Information.
[7] Marangoni, F., et al., Cow’s Milk Consumption and Health: A Health Professional’s Guide. Journal of the American College of Nutrition, 2018: p. 1-12.
[8] Di Costanzo, M. and R. Berni Canani, Lactose Intolerance: Common Misunderstandings. Annals of Nutrition and Metabolism, 2018. 73(suppl 4)(4): p. 30-37.
[9] Note that grass and pasture may be used interchangeably. 96% is an average calculated on an ‘as consumed’ basis. Average is measured over previous three seasons data and subject to minor variation. Grass is classified as grass, grass silage, hay and forage crops.
[10] Alothman M, Hogan SA, Hennessy D, Dillon P, Kilcawley KN, O’Donovan M, Tobin J, Fenelon MA, O’Callaghan TF. The “Grass-Fed” Milk Story: Understanding the Impact of Pasture Feeding on the Composition and Quality of Bovine Milk. Foods. 2019 Aug 17;8(8):350. doi: 10.3390/foods8080350. PMID: 31426489; PMCID: PMC6723057.