Rasakan Kebaikan Susu Grass-Fed dengan Promex Susu Tepung Penuh Krim

Promex dengan bangga memperkenalkan semula Susu Tepung Penuh Krim kami, kini diperbuat daripada susu lembu Grass-Fed dari New Zealand (susu dari lembu yang makan rumput), kepada pengguna di Malaysia. Produk ini menawarkan kebaikan susu lembu Grass-Fed yang pekat dan berkhasiat, menjadikannya pilihan tenusu yang menyeluruh untuk keluarga Malaysia.

Sumber Susu Istimewa – Susu Grass-Fed dari New Zealand

Hanya diperoleh dari ladang New Zealand yang disahkan Grass-Fed, Promex berusaha memastikan sumber bahan kami adalah konsisten, memberi anda keyakinan bahawa susu yang anda minum berkualiti dan boleh dipercayai.

New Zealand terkenal dengan padang rumputnya yang bersih, cantik, dan luas, menyediakan persekitaran yang sesuai untuk lembu meragut rumput. Di seluruh dunia, dianggarkan hanya 10% daripada pengeluaran susu berasal daripada sistem ragut [1][2], manakala di New Zealand, lembu bebas merumput di ladang terbuka dan makan rumput semula jadi [3] lebih daripada 350 hari [4] setahun. Ini membolehkan lembu hidup secara semula jadi dan kekal sihat. Promex berbangga menjadi salah satu pembekal susu New Zealand yang dipercayai di Malaysia, menawarkan pilihan bernilai kepada keluarga yang mengutamakan kebaikan semula jadi dan kualiti.

Mengapa Memilih Susu Grass-Fed

Susu Grass-Fed dikenali dengan kandungan nutrisinya yang baik. Ia mengandungi nutrien penting seperti Kalsium, yang membantu dalam pembinaan tulang dan gigi yang kuat; Protein, yang penting bagi pertumbuhan dan pembinaan; Vitamin A, yang membantu untuk mengekalkan kesihatan kulit dan membrane mucus; serta Vitamin D3, yang diperlukan bagi penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus. Selain itu, susu ini juga mengandungi riboflavin (Vitamin B2), Vitamin B12, magnesium, dan zink. Walaupun susu adalah bahan asas di banyak dapur, jenis susu yang anda pilih amat penting.

Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyokong Skor Asid Amino Perlu Tercerna (DIAAS) untuk menilai kualiti sumber protein berdasarkan kemampuan mereka membekalkan asid amino penting [5][6]. Susu Tepung Penuh Krim Promex tinggi dengan Protein, membekalkan asid amino yang diperlukan bagi sintesis protein, yang membantu untuk membina dan memulihkan tisu badan.

Membawa Kebaikan Susu Grass-Fed kepada Lebih Ramai Rakyat Malaysia

Mulakan hari anda dengan segelas Susu Tepung Penuh Krim Promex yang diperbuat daripada susu lembu Grass-Fed dari New Zealand! Dengan teksturnya yang lembut dan berkrim, ia memberikan pengalaman rasa yang memuaskan, menjadikannya pilihan sarapan yang cepat dan berkhasiat untuk anda dan keluarga. Nikmatinya begitu sahaja pada waktu pagi untuk memulakan hari anda, atau campurkan dengan bijirin kegemaran anda untuk sarapan yang lebih lengkap.

Terdapat dalam pek 500g dan 1kg, setiap hidangan (280ml) berharga hanya RM1.50. Susu Tepung Penuh Krim Promex disahkan HALAL oleh JAKIM dan boleh disimpan pada suhu bilik, menjadikannya pilihan yang mudah dan berkhasiat untuk anda dan keluarga.

Rasai perbezaannya dengan Susu Tepung Penuh Krim Promex hari ini!

Tentang Promex

Promex, jenama kebanggaan Malaysia di bawah Promac Enterprises Sdn Bhd, mengkhusus dalam produk tenusu berkualiti yang diambil dari landskap bersih di New Zealand. Kini terdapat di 61 negara, Promex berdedikasi untuk menyediakan bahan makanan yang selamat, berkhasiat, dan berkualiti kepada keluarga di seluruh dunia.

Di Promex Malaysia, kami komited untuk membawa susu tenusu New Zealand ke pasaran tempatan, menjadikannya jenama susu yang dipercayai di negara ini. Matlamat kami adalah memastikan keluarga Malaysia mendapat bahan makanan yang berkhasiat dan berkualiti yang menyokong kesihatan dan kesejahteraan, semuanya pada harga yang berpatutan. Promex – memberi nutrisi kepada keluarga anda dengan produk tenusu dari alam semula jadi.

Rasai Perbezaan dengan Susu Tepung Penuh Krim Promex!

Kini tersedia di kedai-kedai pilihan anda:

  • AEON
  • AEON Maxvalu
  • AEON Big
  • Billion
  • C-Mart
  • Family Store
  • Hero Market
  • Midas
  • NSK Grocer
  • Pantai Timor
  • Pasaraya OTK
  • Selection’s Grocer
  • Urban Retail
  • Lazada
  • Shopee
  • Tik Tok Shop

Nama Produk:
Susu Tepung Penuh Krim 1 kg

Bahan-Bahan:
Susu Lembu Penuh Krim. Pengemulsi yang dibenarkan (Lecithin Soya). Vitamin A dan Vitamin D3.

Alahan:
Mengandungi bahan susu dan soya.

Nasihat Penyimpanan:
Untuk memastikan kesegaran, gunakan dalam masa 3 minggu selepas dibuka. Simpan dalam bekas kedap udara di tempat yang dingin dan kering.

Pernyataan Amaran:
Susu Tepung Penuh Krim TIDAK SESUAI untuk bayi berumur di bawah enam (6) bulan.

Dimensi Produk:
L55mm x W160mm x H300mm

Berat Bersih: 1 kg

Nama Produk:
Susu Tepung Penuh Krim 500g

Bahan-Bahan:
Susu Lembu Penuh Krim. Pengemulsi yang dibenarkan (Lecithin Soya). Vitamin A dan Vitamin D3.

Alahan:
Mengandungi bahan susu dan soya.

Nasihat Penyimpanan:
Untuk memastikan kesegaran, gunakan dalam masa 3 minggu selepas dibuka. Simpan dalam bekas kedap udara di tempat yang dingin dan kering.

Pernyataan Amaran:
Susu Tepung Penuh Krim TIDAK SESUAI untuk bayi berumur di bawah enam (6) bulan.

Dimensi Produk:
L50mm x W110mm x H255mm

Berat Bersih: 500g

Rujukan:

[1] Alice Moscovici Joubran, Karina M. Pierce, Niamh Garvey, Laurence Shalloo, Tom F. O’Callaghan, Invited review: A 2020 perspective on pasture-based dairy systems and products,Journal of Dairy Science, Volume 104, Issue 7, 2021, Pages 7364-7382, ISSN 0022-0302,

https://doi.org/10.3168/jds.2020-19776. (https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0022030221005166)

[2] Shalloo, L., Moran, B., & O’Brien, D. (2018). Define and verify pasture base—How does Irish “pasture fed” compare to the world. Proceedings of the Grass-Fed Dairy Conference 2018, Naas, Co. Kildare, Ireland.

[3] Wedzerai, M. (2020, November 16) Considering the opportunities for dairy cows. DairyGlobal. Retrieved November 22, 2022 from www.dairyglobal.net/health-and-nutrition/nutrition/grazing-considering-the-opportunities-for-dairy-cows.htm

[4] Our New Zealand cows spend on average 97% of their non-milking time outside on pasture. Average is measured over previous three seasons data and subject to minor variation. Calculation excludes milking times, because this only accounts for being off-pasture for on average up to 3 hours per day.

[5] Hertzler et al. 2020, Marinangeli & House 2017, Walther et al. 2022, Herreman et al. 2020.

[6] Mathai, J. K., et al. (2017). “Values for Digestible Indispensable Amino Acid Scores (DIAAS) for some dairy and plant proteins may better describe protein quality than values calculated using the concept for Protein Digestibility-Corrected Amino Acid Scores (PDCAAS).” Retrieved from (https://www.cambridge.org/core/journals/british-journal-of-nutrition/article/values-for-digestible-indispensable-amino-acid-scores-diaas-for-some-dairy-and-plant-proteins-may-better-describe-protein-quality-than-values-calculated-using-the-concept-for-protein-digestibilitycorrected-amino-acid-scores-pdcaas/E7AE34F8A5BCEA5A9FBFBC72E72B93DF)