Susu Tepung Segera Promex Essential dengan 14 Nutrisi Penting dari Susu Grass-Fed

Promex dengan sukacitanya memperkenalkan produk terbarunya, Susu Tepung Segera Essential, yang mengandungi susu lembu Grass-Fed New Zealand dan ditambah dengan 14 nutrisi penting untuk anda dan orang tersayang anda.

Adakah Anak Anda Mendapat Nutrien Penting yang Cukup?

Di Malaysia, lebih daripada dua pertiga kanak-kanak tidak mengambil Kalsium dan Vitamin D yang disarankan, dan lebih daripada 20% kanak-kanak tidak mengambil mikronutrien penting seperti A, B1, B2 dan C yang mencukupi. [1]

Mengandungi susu lembu Grass-Fed New Zealand (susu dari lembu yang makan rumput), Susu Tepung Segera Promex Essential diformulasikan dengan teliti untuk menyediakan 14 nutrien penting, termasuk 9 vitamin dan 3 mineral. Ia tinggi dengan Protein, yang penting bagi pertumbuhan dan permbinaan; Kalsium, yang membantu dalam pembinaan tulang dan gigi yang kuat; Magnesium, yang menggalakkan penyerapan dan penyimpanan kalsium; Vitamin C, yang membantu penyerapan zat besi daripada makanan; dan Vitamin D3, yang diperlukan bagi penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.

Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyokong Skor Asid Amino Perlu Tercerna (DIAAS) untuk menilai kualiti sumber protein berdasarkan kemampuan mereka membekalkan asid amino penting [2][3]. Susu Tepung Segera Promex Essential tinggi dengan Protein, membekalkan asid amino yang diperlukan bagi sintesis protein, yang membantu untuk membina dan memulihkan tisu badan.

Kualiti Dipercayai dari Padang Rumput New Zealand

Hanya diperoleh dari ladang New Zealand yang diperakui Grass-Fed, Promex berusaha memastikan konsistensi sumber bahan kami sentiasa terjaga, memberikan anda keyakinan bahawa susu yang anda minum adalah berkualiti dan boleh dipercayai.

New Zealand terkenal dengan padang rumputnya yang bersih, cantik, dan luas, menyediakan persekitaran yang sesuai untuk lembu meragut rumput. Di seluruh dunia, dianggarkan hanya 10% daripada pengeluaran susu berasal daripada sistem ragut [4][5], manakala di New Zealand, lembu bebas merumput di ladang terbuka dan makan rumput semula jadi [6] lebih daripada 350 hari [7] setahun. Ini membolehkan lembu hidup secara semula jadi dan kekal sihat. Promex berbangga menjadi salah satu pembekal susu New Zealand yang dipercayai di Malaysia, menawarkan pilihan bernilai kepada keluarga yang mengutamakan kebaikan semula jadi dan kualiti.

Pilihan Bernilai untuk Semua Rakyat Malaysia

Walaupun susu lembu adalah sumber kalsium dan protein yang sangat baik, namun ia sering dianggap mahal, terutamanya bagi keluarga berpendapatan rendah. Ini menyebabkan mereka membuat pilihan makanan yang kurang berkhasiat dalam diet harian [8][9].

Dengan menawarkan harga yang berpatutan, Promex menyasarkan untuk menyediakan nutrien penting kepada semua peringkat pendapatan. Dihargakan hanya RM1.08 setiap hidangan (240ml), Susu Tepung Segera Promex Essential adalah pilihan yang menjimatkan kos dan memberikan manfaat pemakanan daripada susu lembu Grass-Fed New Zealand serta 14 nutrien penting untuk seluruh keluarga.

Dengan teksturnya yang berkrim, halus dan rasa yang lazat, ia adalah pilihan sempurna untuk sarapan cepat, sama ada diminum begitu sahaja atau dicampur dengan bijirin kegemaran anda untuk hidangan yang lebih menyeluruh.

Tersedia dalam pek 800g, Susu Tepung Segera Promex Essential diperakui HALAL oleh JAKIM dan boleh disimpan pada suhu bilik, menjadikannya pilihan yang mudah dan berkhasiat untuk keluarga anda.

Tentang Promex

Promex, jenama kebanggaan Malaysia di bawah Promac Enterprises Sdn Bhd, mengkhusus dalam produk tenusu berkualiti yang diambil dari landskap bersih di New Zealand. Kini terdapat di 61 negara, Promex berdedikasi untuk menyediakan bahan makanan yang selamat, berkhasiat, dan berkualiti kepada keluarga di seluruh dunia.

Di Promex Malaysia, kami komited untuk membawa susu tenusu New Zealand ke pasaran tempatan, menjadikannya jenama susu yang dipercayai di negara ini. Matlamat kami adalah memastikan keluarga Malaysia mendapat bahan makanan yang berkhasiat dan berkualiti yang menyokong kesihatan dan kesejahteraan, semuanya pada harga yang berpatutan. Promex – memberi nutrisi kepada keluarga anda dengan produk tenusu dari alam semula jadi.

Rasai Perbezaannya dengan Susu Tepung Segera Promex Essential!

Kini tersedia di kedai-kedai pilihan anda:

  • AEON
  • AEON Maxvalu
  • AEON Big
  • Billion
  • C-Mart
  • Family Store
  • Hero Market
  • Midas
  • NSK Grocer
  • Pantai Timor
  • Pasaraya OTK
  • Selection’s Grocer
  • Urban Retail
  • Lazada
  • Shopee
  • Tik Tok Shop

Nama Produk:
Susu Tepung Segera Essential 800g

Bahan-Bahan:
Pepejal Susu (Susu Lembu), Serbuk Krimer (Mengandungi Soya dan Protein Susu), Maltodekstrin, Gula, Vitamin (Natrium Askorbat, Vitamin E Asetat, Vitamin A Asetat, Vitamin D3, Sianokobalamin, Tiamin, Pyridoksin Hidroklorida, Riboflavin), Mineral (Trikalsium Fosfat, Magnesium Oksida, Zink Sulfat Monohidrat, Kalium Iodida), Perisa.

Alergen:
Mengandungi bahan susu dan soya.

Nasihat Penyimpanan:
Untuk memastikan kesegaran, gunakan dalam tempoh 3 minggu selepas dibuka. Simpan dalam bekas kedap udara di tempat yang dingin dan kering.

Pernyataan Nasihat:
Susu tepung segera tidak sesuai untuk bayi berumur di bawah dua belas (12) bulan.

Dimensi Produk:
L55mm x W160mm x H300mm

Nett Weight: 800g

Rujukan:

[1] Poh BK, Wong JE, Lee ST, Chia JSM, Yeo GS, Sharif R, Nik Shanita S, Jamil NA, Chan CMH, Farah NM, Sameeha MJ, Koh D, Saat NZM, Lim SM, Norimah AK, Ruzita AT, Budin SB, Wee LH, Tang SF, Khouw I. Triple burden of malnutrition among Malaysian children aged 6 months to 12 years: Current findings from SEANUTS Il Malaysia Public Health Nutr. 2023 Nov 7:1-36. doi: 10. 1017/S1368980023002239. Epub ahead of print. PMID: 37932916. *Mikronutrien seperti Vitamin A. B1, B2, dan C.

[2] Hertzler et al. 2020, Marinangeli & House 2017, Walther et al. 2022, Herreman et al. 2020.

[3] Mathai, J. K., et al. (2017). “Values for Digestible Indispensable Amino Acid Scores (DIAAS) for some dairy and plant proteins may better describe protein quality than values calculated using the concept for Protein Digestibility-Corrected Amino Acid Scores (PDCAAS).” Retrieved from (https://www.cambridge.org/core/journals/british-journal-of-nutrition/article/values-for-digestible-indispensable-amino-acid-scores-diaas-for-some-dairy-and-plant-proteins-may-better-describe-protein-quality-than-values-calculated-using-the-concept-for-protein-digestibilitycorrected-amino-acid-scores-pdcaas/E7AE34F8A5BCEA5A9FBFBC72E72B93DF)

[4] Alice Moscovici Joubran, Karina M. Pierce, Niamh Garvey, Laurence Shalloo, Tom F. O’Callaghan, Invited review: A 2020 perspective on pasture-based dairy systems and products,Journal of Dairy Science, Volume 104, Issue 7, 2021, Pages 7364-7382, ISSN 0022-0302,

https://doi.org/10.3168/jds.2020-19776. (https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0022030221005166)

[5] Shalloo, L., Moran, B., & O’Brien, D. (2018). Define and verify pasture base—How does Irish “pasture fed” compare to the world. Proceedings of the Grass-Fed Dairy Conference 2018, Naas, Co. Kildare, Ireland.

[6] Wedzerai, M. (2020, November 16) Considering the opportunities for dairy cows. DairyGlobal. Retrieved November 22, 2022 from www.dairyglobal.net/health-and-nutrition/nutrition/grazing-considering-the-opportunities-for-dairy-cows.htm

[7] Our New Zealand cows spend on average 97% of their non-milking time outside on pasture. Average is measured over previous three seasons data and subject to minor variation. Calculation excludes milking times, because this only accounts for being off-pasture for on average up to 3 hours per day.

[8] “JPM-21-Disember-2013 Article 8.” Retrieved from (https://macfea.com.my/wp-content/uploads/2020/12/JPM-21-Disember-2013-article-8.pdf)

[9] Babolian, H. R., & Ab Karim, M. S. (2010). “Factors affecting milk consumption among school children in urban and rural areas of Selangor, Malaysia.” *International Food Research Journal*, 17, 651-660.