Temui Promex Chocomex Baharu: Rupa Baharu, Rasa Lebih Sedap Rasa Coklat Dengan Kebaikan Susu

Promex, jenama kebanggaan Malaysia, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran semula Minuman Malt Coklat Chocomex, kini dengan wajah baru dan rasa yang lebih sedap. Sejak diperkenalkan pada tahun 2009, Chocomex telah menjadi kegemaran ramai, membawa kenangan manis dan nostalgia kepada ramai orang. Dengan pelancaran semula ini, rakyat Malaysia kini boleh sekali lagi menikmati kelezatan Chocomex, minuman yang mempunyai tempat istimewa dalam hati para pengguna.

Wajah Baru, Formula Diperbaharui

Sebagai tindak balas terhadap peningkatan kesedaran tentang risiko kesihatan yang berkaitan dengan pengambilan gula yang tinggi [1], Promex telah merumuskan semula Chocomex dengan mengurangkan kandungan gulanya lebih daripada 25% sambil mengekalkan rasa kaya dan lazat yang digemari oleh pengguna kami.

Kebaikan Susu New Zealand

Chocomex mengandungi susu lembu yang dari New Zealand, yang terkenal dengan persekitaran padang rumputnya yang bersih, cantik, dan luas — kawasan yang begitu sesuai untuk penternakan lembu tenusu. Kami percaya bahawa lembu yang sihat menghasilkan susu lembu yang berkhasiat dan lazat, sebab itulah Chocomex telah menjadi minuman malt coklat kegemaran rakyat Malaysia sejak 2009.

Mengandungi Nutrien Penting

Promex Chocomex mengandungi nutrien penting, tinggi dengan Vitamin D, dan mengandungi Kalsium, Protein, dan Serat Diet.

Penyelidikan menunjukkan bahawa Vitamin D diperlukan bagi penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus [2], manakala Kalsium membantu dalam pembinaan tulang dan gigi yang kuat [2]. Protein adalah penting bagi pertumbuhan dan pembinaan [3], serta membantu untuk membina dan memulihkan tisu badan [3].

Dengan gabungan nutrien ini, Promex Chocomex adalah pilihan yang lazat dan memuaskan untuk aktiviti harian anda.

Minuman Coklat Pelbagai Guna

Promex Chocomex bukan sekadar minuman biasa; ia adalah kegemaran rakyat Malaysia yang menawarkan rasa coklat yang pekat, membekalkan nutrisi yang penting bersama dengan kebaikan susu dari New Zealand.

Untuk tenaga tambahan atau masa rehat yang selesa, Chocomex menawarkan gabungan rasa dan nutrisi yang penting, menjadikannya pilihan serbaguna bagi mereka yang mencari sesuatu yang istimewa. Ia adalah pilihan yang ideal untuk individu dan keluarga dengan gaya hidup yang sibuk yang inginkan minuman yang lazat dan mudah dinikmati pada bila-bila masa sepanjang hari.

Kualiti Makanan Untuk Rakyat Malaysia

Mulakan hari anda dengan segelas Promex Chocomex Minuman Malk Coklat yang penuh dengan rasa coklat, ditambah dengan kebaikan malt, coklat, dan susu dari New Zealand! Tersedia dalam dua saiz mudah — Pek Nilai 900g dan Pouch Paket 15 x 30g — Chocomex diperakui HALAL oleh JAKIM dan boleh disimpan pada suhu bilik, menjadikannya pilihan yang lazat dan mudah untuk keluarga anda.

Cubalah Chocomex hari ini dan rasai perbezaannya!

Tentang Promex

Promex, jenama kebanggaan Malaysia di bawah Promac Enterprises Sdn Bhd, mengkhusus dalam produk tenusu berkualiti yang diambil dari landskap bersih di New Zealand. Kini terdapat di 61 negara, Promex berdedikasi untuk menyediakan bahan makanan yang selamat, berkhasiat, dan berkualiti kepada keluarga di seluruh dunia.

Di Promex Malaysia, kami komited untuk membawa susu tenusu New Zealand ke pasaran tempatan, menjadikannya jenama susu yang dipercayai di negara ini. Matlamat kami adalah memastikan keluarga Malaysia mendapat bahan makanan yang berkhasiat dan berkualiti yang menyokong kesihatan dan kesejahteraan, semuanya pada harga yang berpatutan. Promex – memberi nutrisi kepada keluarga anda dengan produk tenusu dari alam semula jadi.

Rasai Perbezaannya dengan Promex Chocomex!

Kini tersedia di kedai-kedai pilihan anda:

  • AEON
  • AEON Maxvalu
  • AEON Big
  • Billion
  • C-Mart
  • Family Store
  • Hero Market
  • Midas
  • NSK Grocer
  • Pantai Timor
  • Pasaraya OTK
  • Selection’s Grocer
  • Urban Retail
  • Lazada
  • Shopee
  • Tik Tok Shop

Name Produk:
Promex Chocomex Minuman Malt Coklat 900g

Bahan-Bahan:
Krimer Bukan Tenusu (Mengandungi Protein Susu), Pejal Susu (16%) (Susu Lembu), Maltodekstrin, Gula, Serbuk Koko (10%), Ekstrak Malt (10%) (Mengandungi Barli), Perisa, Garam, Sukralosa, Vitamin D.

Nasihat Penyimpanan:
Simpan di dalam bekas kedap udara dan di tempat yang dingin dan kering.

Dimensi Produk:
L55mm X W160mm X H235mm
Isipadu: 900g

Nama Produk:
Promex Chocomex Minuman Malt Coklat 15 x 30g

Bahan-Bahan:
Krimer Bukan Tenusu (Mengandungi Protein Susu), Pejal Susu (16%) (Susu Lembu), Maltodekstrin, Gula, Serbuk Koko (10%), Ekstrak Malt (10%) (Mengandungi Barli), Perisa, Garam, Sukralosa, Vitamin D.

Nasihat Penyimpanan:
Simpan di dalam bekas kedap udara dan di tempat yang dingin dan kering.

Dimensi Produk:
L60mm X W180mm X H300mm

Isipadu:
15 Sticks x 30g

Rujukan:

[1]           Tate & Lyle Proprietary Research, 2020 Global Consumer Ingredient Perception Research – 14 Countries. Retrieved from https://www.tateandlyle.com/trends/sugar-reduction

[2]           National Institute of Arthritis and Musculoskeletal and Skin Diseases (2023). Calcium and vitamin D: important for bone health. Retrieved from

https://www.niams.nih.gov/health-topics/calcium-and-vitamin-d-important-bone-health

[3]           Harvard T. H. Chan School of Public Health (2024). The Nutrition Source – Protein. Retrieved from